Alumni JSLC JSLC

JSLC telah membentuk sebuah alumni JSLC yang besar dan berupaya untuk menggerakkan program atau aktiviti berstatus antarabangsa. Seramai 139 alumni JSLC bermula dengan Kohort 1 hingga ke Kohort 9 telah dihasilkan dan sedang menyambung pengajian di universiti tempatan dan luar negara. Alumni JSLC atau JSLCA yang belajar di luar negara menjadi duta kecil kepada negara yang mampu memaparkan imej kepimpinan pelajar Malaysia di peringkat global. Mereka adalah kumpulan yang bergiat aktif dalam menjayakan beberapa aktiviti JSLC seperti persidangan kepimpinan pelajar antarabangsa, projek komuniti, kem kepimpinan pelajar, melatih ahli baru JSLC dan juga bergiat aktif dalam organisasi di universiti masing-masing. Projek dan aktiviti ini merupakan sumbangan mereka kepada masyarakat dan komuniti setelah tamat latihan kepimpinan yang diberikan.


Berkaitan